Tular pemandu bas biadab; pandu berbahaya, APAD gantung lesen syarikat

PETALING JAYA – Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) menggantung lesen pengendali syarikat bas ekspres susulan video tular pemandunya didakwa
memandu secara berbahaya dan bersikap kurang sopan terhadap pengguna jalan raya.

Menerusi kenyataan, Apad memaklumkan ia turut membatalkan permit bas berkenaan berkuat kuasa 7 Ogos, mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Apad memandang serius insiden yang tular baru-baru ini berkaitan cara pemanduan seorang pemandu bas ekspres yang didakwa telah memandu secara berbahaya dan laju di lorong sebelah kanan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Selaras peruntukan di bawah Seksyen 27 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Apad menggantung lesen pengendali selama selama 30 hari, berkuat kuasa mulai 3 Julai hingga 1 Ogos dan pembatalan Permit Kenderaan ALA 6666 akan berkuat kuasa pada 7 Ogos,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, pengendali terbabit tidak dibenarkan mengendalikan atau menyediakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan.

“Apad tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat atau pemegang lesen yang melanggar peraturan atau undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Seksyen 27 Akta 715 memperuntukkan tindakan penggantungan atau pembatalan lesen sekiranya berlaku pelanggaran terhadap mana- mana syarat Lesen Pengendali,” katanya.

Selain itu katanya, siasatan turut mendapati syarikat berkenaan gagal mematuhi peraturan termasuk berhubung kelakuan pemandu dan konduktornya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Ia juga melanggar Seksyen 23(1)(b) kerana kegagalan pekerjanya memberikan keutamaan tertinggi kepada keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya,” katanya.

Sebelum ini tular video pemandu bas ekspres yang memandu secara berbahaya hingga memberi risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya lain.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *