KUALA LUMPUR – ASM Automation Group Berhad (ASM) pakar penyelesaian automasi jentera di Malaysia, mengumumkan bahagian awam tawaran awam permulaannya (IPO) telah terlebih langganan sebanyak 1.27 kali, mencerminkan minat dan keyakinan pelabur yang teguh serta model perniagaan prospek masa hadapan ASM.
ASM menerbitkan 128.34 saham biasa baharu (Saham Terbitan) dan tawaran untuk jualan 53.48 juta saham sedia ada (Saham Tawaran) seperti berikut, terbitan awam untuk rakyat Malaysia sebanyak 26.74 juta saham atau lima peratus daripada modal saham terbitan Kumpulan yang diperbesarkan, dengan 2.5 peratus disediakan kepada pelabur awam dan baki 2.5 peratus disediakan kepada pelabur awam Bumiputera.
Sebanyak 10.70 juta saham atau dua peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan akan diperuntukkan kepada pengarah yang layak, pengurusan kanan utama dan pekerja melalui Peruntukan Borang Merah Jambu.
Sebanyak 66.85 juta atau 12.5 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Manakala 24.06 juta saham atau 4.5 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.
Serta tawaran untuk penjualan 53.48 juta saham atau 10 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.
Pengarah Urusan ASM Automation Group Berhad Chan Kok Heng berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan daripada pelabur syarikat.
“Sambutan yang menggalakkan terhadap IPO kami mengesahkan keyakinan terhadap kepakaran dan potensi pertumbuhan ASM dalam ruang jentera automasi.
“Dana yang dikumpul akan mempercepatkan rancangan pengembangan kami, termasuk penubuhan kilang baharu, pembelian jentera termaju, dan mempergiatkan keupayaan D&D kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pangkalan pelanggan domestik dan antarabangsa yang semakin meningkat,” katanya.
Beliau menambah, syarikat menerima sejumlah 2,427 permohonan untuk 60,770,400 Saham Terbitan daripada orang awam Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 1.27 kali.
Daripada jumlah itu, 1,056 permohonan untuk 22,371,700 Saham Terbitan telah diterima di bawah bahagian awam Bumiputera (lebih langgan sebanyak 0.67 kali), manakala baki 1,371 permohonan untuk 38,398,700 Saham Terbitan di bawah bahagian awam Malaysia yang lain mencatatkan lebihan langganan sebanyak 1.87 kali.
Daripada jumlah itu, 66.85 juta Saham Terbitan yang diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI telah diambil sepenuhnya selepas menggunakan peruntukan clawback dan peruntukan semula yang berkaitan.
Notis peruntukan akan dihantar melalui pos kepada semua pemohon yang berjaya sebelum 1 Julai 2025.
ASM Automation Group Berhad dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 2 Julai 2025.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001