AS mula pindah rakyatnya dari Israel

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memulakan misi penerbangan pemindahan dari Israel, susulan tindak balas Iran terhadap serangan rejim Zionis.

Duta AS ke Israel, Mike Huckabee, berkata kerajaan bukan hanya menawarkan bantuan kepada warganegaranya tetapi juga kepada pemastautin tetap AS yang tinggal di Israel atau Tebing Barat.

Menurut seorang pegawai daripada Jabatan Negara AS, kira-kira 70 orang diterbangkan dari Tel Aviv ke Athens, Greece semalam menerusi dua penerbangan disediakan oleh kerajaan.

Pegawai itu menggesa warga AS supaya keluar dari negara itu sendiri jika boleh, tanpa perlu menunggu bantuan kerajaan.

Selain AS, beberapa negara lain termasuk China, India dan dari Eropah turut mengatur operasi pemindahan untuk rakyat mereka.

Ketika ini, Israel dan Iran saling bertindak balas apabila masing-masing saling melancarkan serangan dahsyat sejak Tel Aviv mula melakukan serangan udara terhadap republik Islam itu pada 13 Jun lalu.

Serangan Israel itu kononnya disebabkan Tehran berada di ambang membangunkan senjata nuklear.

Kementerian Kesihatan Iran semalam melaporkan lebih 400 orang terbunuh akibat serangan Israel.

Serangan balas Iran pula meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa di Israel.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *