Bekas Presiden MIC, G Palanivel meninggal dunia pada usia 76 tahun

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa.

Perkara itu disahkan sumber MIC kepada Astro AWANI.

Palanivel, 76, dilantik sebagai Presiden MIC kelapan menggantikan Tun S Samy Vellu yang menyandang jawatan itu selama 31 tahun pada 6 Disember 2010.

Mendiang juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2011.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Palanivel menyertai Kabinet Najib pada Jun 2010 apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahan, Perladangan dan Komoditi.

Dilahirkan pada 1 Mac, 1949, Palanivel mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaya (UM) dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1972.

Beliau kemudiannya bertugas sebagai pensyarah Ekonomi dan Sejarah di MaktabKadir Adabi di Kuantan sebelum menjadi Pengarah Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Pulau Pinang.

Beliau turut bertugas sebagai pegawai penyelidik di Muzium Negara (Projek Lembah Bujang) sebelum menyertai Bernama pada April 1977 dan dilantik sebagai Editor Berita Meja Ekonomi pada 1984.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Penglibatan Palanivel dalam arena politik bermula pada 1987 apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Samy Vellu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990, Palanivel bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor yang disandangnya sehinggalah beliau tewas dalam PRU 2008.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *