Bekas suami Karisma Kapoor meninggal dunia, tertelan lebah ketika bermain sukan polo

RAKAN Putera William bermain polo, Sunjay Kapur, seorang bilionair India yang terkenal dan pengerusi gergasi alat ganti kereta global Sona Comstar, meninggal dunia ketika bermain di United Kingdom.

Jutawan terkenal India, Sunjay Kapur, yang juga pengerusi gergasi alat ganti kereta global Sona Comstar, itu rebah ketika bermain polo di England, Khamis lalu.

Beberapa jam sebelum kematiannya, ahli perniagaan berpendidikan British itu telah memberikan penghormatan yang mengharukan kepada mereka yang terkorban dalam tragedi Air India.

Dalam catatan terakhirnya, dia menulis, “Berita mengerikan tentang nahas tragis Air India di Ahmedabad. Renungan dan doa saya bersama semua keluarga yang terjejas. Semoga mereka mendapat kekuatan dalam masa yang sukar ini.”

Sebelum kematiannya, Kapur terkenal dengan minat yang tinggi terhadap sukan polo dan perkahwinan berprofil tingginya. Dia pernah berkahwin dengan bintang Bollywood, Karisma Kapoor, namun perkahwinan itu berakhir dengan penuh kontroversi. Karisma memfailkan keganasan rumah tangga, menyatakan bekas suaminya pernah pergi bermain polo semasa anak lelaki mereka sangat sakit.

Ketika bermain polo, difahamkan lebah itu menyengat Kapur di dalam mulutnya, berpotensi mencetuskan renjatan anafilaksis yang menyebabkan jantungnya berhenti. – Sumber: The Mirror via

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *