Seorang maut, 13 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Machang

MACHANG – Seorang lelaki maut manakala 13 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Banggol Judah, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.55 malam.

“Kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Toyota Hilux, Perodua Kancil dan Proton Waja. Nahas itu menyebabkan pemandu Proton Waja yang tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima lagi penumpang dalam kenderaan berkenaan cedera.

“Sementara itu, lima individu yang menaiki Toyota Hilux dan tiga lagi yang menaiki Perodua Kancil turut cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semua mangsa yang cedera dikeluarkan orang awam dan dibawa ke Hospital Machang menggunakan ambulans.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *