SEREMBAN – Polis meminta individu terbabit dalam video tular pertikaman lidah membabitkan lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban – Kuala Pilah menghala ke Bukit Putus di sini, tampil bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amrul Yazid Anuar berkata ketika ini pihaknya tidak menerima laporan kejadian.
“Hingga kini, tiada laporan polis yang diterima berhubung kejadian ini. Sekiranya berlaku kejadian jenayah, individu yang terbabit dalam kejadian ini diminta tampil membuat laporan.
“Polis juga tidak pasti kejadian yang berlaku kerana video hanya dirakam di hujung kejadian,” katanya.
Terdahulu dalam video yang berdurasi 41 saat menunjukkan sebuah pikap yang rosak di sebuah stesen minyak
Pada kapsyen tertulis pemandu pikap memaklumkan wangnya dirampas sekumpulan lelaki dipercayai warga asing yang menaiki Proton X50.
Rakaman itu memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu pikap bertikam lidah dengan seorang lagi individu dan berlaku aksi tarik-menarik baju.
Kemudian lelaki dipercayai warga asing dirakam melarikan diri ke arah hadapan Proton X50 sebelum beredar dengan keadaan but belakang terbuka.
Difahamkan, SUV dipandu melawan arus, dan dikejar Mitsubishi Triton itu.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001