Remaja New Zealand maut selepas sahut cabaran media sosial

SYDNEY – Seorang remaja di New Zealand maut selepas mengambil bahagian dalam cabaran media sosial mirip sukan ragbi, yang membabitkan peserta berlari dan berlanggar antara satu sama lain, menurut polis hari ini.

“Cabaran ‘run-it-straight’ ini tular di media sosial di seluruh New Zealand dan Australia, menarik ramai peserta ke acara di mana mereka bertembung secara berdepan tanpa memakai alat perlindungan.

Menurut kenyataan polis New Zealand, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala di Pulau Utara New Zealand selepas bermain permainan itu bersama rakan-rakan hujung minggu lalu.

“Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala semasa dilanggar dan dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya. Malangnya, mangsa meninggal dunia di hospital pada malam tadi (Isnin).

“Kami menggesa sesiapa yang ingin menyertai permainan atau acara seperti ini untuk mempertimbangkan risiko keselamatan dan kecederaan yang serius,” kata inspektor polis, Ross Grantham.

Pertandingan ‘run-it-straight’ yang dianjurkan itu menawarkan hadiah wang tunai beribu-ribu dolar dan menarik minat bekas pemain ragbi profesional.

Pakar menganggap permainan itu sama seperti sukan tempur dan memberi amaran peserta menghadapi risiko gegaran otak yang serius. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *