YB AMANAH diminta Menjaga Keselamatan Diri dan Pusat Khidmat

KUALA LUMPUR – Insiden melibatkan kereta pusat khidmat Ahli Parlimen Seri Gading, Aminolhuda Hassan dirosakkan perlu dijadikan iktibar, kata Timbalan Presiden AMANAH, Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Kata beliau, Ahli-ahli Yang Berhormat lain perlu sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada terhadap potensi tindakan sabotaj pada masa hadapan.

“Walaupun dikatakan pihak yang bertindak memecahkan cermin kereta milik pusat khidmat itu mengalami ‘masalah mental’, ia tetap merupakan satu bentuk ancaman kepada Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Saya khuatir ia akan mendorong kepada pihak lain yang menanam politik kebencian dalam media sosial (medsos) akan lebih berani melahirkan tindakan fizikal ke arah keganasan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Khusus bagi AMANAH yang berhadapan dengan pelbagai tohmahan jahat para pembenci seperti melabelkan parti ini sebagai anti-Islam, ‘khadam DAP’ dan fitnah ‘menyokong LGBT, potensi tindakan fizikal atas dorongan kebencian ini berpotensi untuk berlaku,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dua hari lalu, sebuah kereta rasmi milik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading itu dilaporkan dirosakkan oleh individu tidak dikenali.

Aminolhuda dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 11 pagi apabila kenderaan jenis Toyota Estima yang diparkir berhampiran pejabat wakil rakyat itu telah dipecah dan dirosakkan oleh suspek yang menunggang motosikal.

Menurut Dr. Mujahid, semua Ahli Parlimen dan ADUN, khususnya dari parti Amanah perlu sentiasa berhati-hati dan memastikan keselamatan mereka terjamin.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, AMANAH mengucapkan terima kasih kepada polis yang mengambil tindakan segera di atas insiden itu. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *