TELUK INTAN – Sekurang-kurangnya lapan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) maut dalam nahas yang melibatkan sebuah trak yang mereka naiki dan lori muatan batu di Jalan Chikus – Sungai Lampan, di sini, pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 8.54 pagi.
Menurutnya, terdapat 15 penumpang dan pemandu berada di dalam trak tersebut.
“Ketika ini bilangan yang disahkan meninggal dunia seramai lapan orang dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan di lokasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, sebahagian mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan.
Difahamkan kesemua mereka dalam balik ke Ipoh selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Hari Wesak semalam.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
