Gempa bumi gegar Indonesia

MALUKU – Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan wilayah Maluku Barat Daya awal pagi Sabtu, namun tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami.

Menurut laporan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, gempa tersebut berlaku pada jam 4.26 pagi waktu tempatan.

“Bagaimanapun, gempa ini tidak berpotensi menyebabkan tsunami dan sehingga kini belum ada laporan mengenai kerosakan atau korban jiwa akibat kejadian tersebut.

“Penduduk di kawasan berdekatan disarankan untuk kekal bertenang dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan agensi itu pada Sabtu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Indonesia terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu zon gempa bumi dan letusan gunung berapi paling aktif di dunia.

Negara itu kerap mengalami gegaran, sama ada berskala kecil atau besar, yang boleh mengakibatkan kerosakan besar dan kehilangan nyawa.

Pihak berkuasa kini terus menjalankan pemantauan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini kepada orang awam dari semasa ke semasa.

Sementara itu, tiada sebarang arahan pemindahan dikeluarkan setakat ini, namun agensi pengurusan bencana tempatan kekal berada dalam keadaan bersiap siaga sekiranya diperlukan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *