Dakwaan Kursus Dakwah Harmoni ancam akidah tidak bersandar fakta sebenar - Mohd Na'im

Usaha berterusan TH untuk menerajui kecemerlangan – Dr. Mohd Na’im

Oleh: Ibnu RushDee

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im mengumumkan pelantikan Mustakim Mohamad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu.

Pelantikan Mustakim bagi menggantikan Datuk Syed Hamadah Syed Othman berkuatkuasa mulai 6 Mei ini dan selari dengan falsafah TH untuk terus menerajui kecemerlangan dari setiap sudut demi manfaat para pendeposit.

Ini termasuk mengurus cabaran beroperasi dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu dan peningkatan kos perkhidmatan pihak ketiga seperti kos penerbangan, penginapan serta perubatan.

Pertimbangan dalam melantik tampuk kepimpinan yang berwibawa cukup penting memandangkan ciri-ciri TH yang berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mengendalikan amanah yang besar.

Menurut Dr. Mohd Na’im, pelantikan Mustakim adalah berasaskan pengalaman dan keupayaannya dalam merealisasikan wawasan TH ke peringkat seterusnya.

Perjalanan kerjaya Mustakim di TH hampir 20 tahun dan merangkumi peranan kepimpinan dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, pelaburan, perkhidmatan deposit dan operasi serta Teknologi Maklumat dan Keselamatan.

Jawatan terakhir beliau adalah Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan dan memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti RMIT di Australia dalam jurusan kewangan serta diiktiraf sebagai ahli Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Justeru, Dr. Mohd Na’im mengucapkan setinggi penghargaan kepada Datuk Syed Hamadah Syed Othman, yang akan tamat kontraknya pada 5 Mei ini setelah berkhidmat selama dua tahun sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

“Kepimpinan baharu ini akan menekankan pendekatan proaktif lagi berinovatif dalam perancangan TH agar menjadi institusi Islam yang beroperasi secara mampan untuk jangka masa panjang,” kata Dr. Mohd Na’im.

Pada masa sama, TH mengalu-alukan pelantikan Mustakim sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO yang baharu berkuat kuasa pada 6 Mei ini.

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Syed Hamadah atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh dua tahun beliau memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Peralihan kepimpinan ini mencerminkan kekuatan TH melahirkan bakat dalaman dan Mustakim telah berkhidmat hampir dua dekad di TH serta diyakini mampu memikul tanggungjawab ini selari dengan usaha berterusan TH untuk menerajui kecemerlangan dari setiap sudut demi manfaat para pendeposit. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *