18 ditahan disyaki terlibat rancang kebakaran hutan Israel

TELAVIV – Seramai 18 individu ditahan disyaki terlibat dalam insiden kebakaran hutan di luar Baitulmuqaddis.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ketika mengumumkan penahanan ini berkata ia tindak balas kepada insiden kebakaran yang telah menyebabkan kerosakan meluas dan memaksa pemindahan penduduk dari beberapa kawasan.

“Kami telah menahan 18 individu yang disyaki melakukan pembakaran hutan.

“Salah seorang daripada mereka ditangkap ketika sedang melakukan perbuatan itu,” kata Netanyahu sambil menekankan bahawa pihak berkuasa akan mengambil langkah tegas terhadap dalang di sebalik kejadian ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Difahamkan pihak berkuasa percaya kebakaran dimulakan secara sengaja dan terancang, dengan lebih 20 lokasi kebakaran dikenal pasti di kawasan terjejas.

Walaupun usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan, perhatian kini diberikan kepada siasatan terhadap suspek yang ditahan dan usaha mengumpul bukti untuk mendakwa mereka.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *