KUALA LUMPUR – Sarawak Consolidated Industries Bhd. (SCIB) memaklumkan perberhentian tindakan berasingan tidak menggambarkan penarikan balik atau pengabaian tuntutan anak syarikatnya SCIB Properties Sdn. Bhd. terhadap Awan JV Suria Saga Sdn. Bhd.
SCIB sebaliknya mengesahkan proses itu merupakan pendekatan undang-undang secara strategik untuk syarikat berkenaan dapat meneruskan perkara tuntutan tersebut dengan lebih berkesan di bawah hanya satu saman yang telah disatukan.
Pengarah Urusan SCIB, Ku Chong Hong berkata, pihaknya memberi jaminan kepada pemegang saham dan pihak berkepentingan SCIB bahawa mereka kekal komited sepenuhnya untuk mendapatkan semula RM19.72 juta daripada Awana.
“Penyatuan tuntutan kepada satu tindakan undang-undang adalah prosedur yang membolehkan kami meneruskan hak dengan lebih cekap dan dengan keseriusan kedudukan
“SCIB untuk bertindak demi kepentingan terbaik Syarikat,” katanya.
Penjelasan tersebut dikeluarkan sebagai maklum balas kepada kekeliruan beberapa laporan media tempatan bertarikh 23 April, hari ini mengenai pemberhentian saman undang-undang yang melibatkan tuntutan SCIB Properties terhadap Awana.
SCIB berkata, ia bukan bermaksud telah menarik balik sepenuhnya tuntutan, tetapi mengesahkan bahawa pelepasan undang-undang yang sebelum ini diminta di bawah saman berasingan telah disatukan.
Penyata tuntutan telah dipinda dan difailkan pada 18 April lalu dengan menyepadukan tuntutan pemulihan RM19.72 juta ke dalam saman utama untuk menyelaraskan prosiding serta memudahkan proses litigasi yang lebih cekap.
SCIB masih kekal komited untuk menegakkan hak undang-undangnya dan akan terus bertindak demi kepentingan terbaik syarikat serta para pemegang saham yang lain dengan memastikan segala ketelusan sepanjang proses tuntutan selesai.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001