Anak anggota GISB ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai - Fadhlina

Fadhlina susun gerak kerja, kempen pertahan jawatan Ketua Wanita PKR

NIBONG TEBAL – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek, menyusun gerak kerja serta kempen bersama jenteranya untuk mempertahankan jawatan disandang sebagai Ketua Wanita PKR pada pemilihan parti kali ini.

Menteri Pendidikan itu yang memenangi jawatan Ketua PKR Cabang Nibong Tebal, bertekad menubuhkan pasukan wanita yang lebih kuat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Ini adalah persiapan yang juga sama pentingnya, dan kita telahpun menyusun gerak kerja termasuk kempen. Mudah-mudahan laluan itu akan menjadi lebih mudah (menang) dengan pasukan lebih kuat untuk wanita.

“Berdasarkan kemenangan ketua-ketua wanita cabang, saya melihat pasukan lebih kuat akan memimpin wanita selepas ini,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal di Sungai Bakap, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kemenangannya sebagai Ketua Cabang Nibong Tebal adalah hasil kerjasama pasukan inklusif yang mempunyai segala kekuatan serta pengalaman dalam menguruskan Cabang Nibong Tebal.

“Jadi, penghargaan terbesar pasti kepada semua anggota yang telah melakukan tugas mereka memilih satu pasukan yang diketuai oleh saya untuk menerajui Cabang Nibong Tebal.

“Ia juga adalah lonjakan penting dan kepimpinan sangat signifikan ketika ini yang bagi saya akan memberi impak cukup besar, terutama dalam pemilihan parti serta persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Insya-Allah, saya dan pasukan memberi sepenuh iltizam untuk memastikan Cabang Nibong Tebal akan memberikan impak dan terus berusaha mempertahankan parti pada peringkat cabang,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *