Dr. Naim Mokhtar tiada erti penat bantu golongan tidak bernasib baik, terus ‘damai’ di bumi Allah

Oleh Ibnu Rushdee

BERAT mata memandang berat lagi bahu memikulnya, itulah yang boleh digambarkan betapa getirnya tugas seorang insan bergelar pemimpin kerajaan, tambahan pula memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Agama seperti Senator Dato’ Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Manakan tidak, semua perkara yang bersangkut paut mengenai agama dan umat Islam seluruh negara perlu dititik berat tanpa mengganggu gugat keharmonian yang ada.

Malah, kehidupan seharian Dr. Mohd Na’im dilihat semakin mencabar untuk memastikan keperluan dan kebajikan golongan yang memerlukan sentiasa terbela tanpa sebarang masalah.

Bukan nama yang dicari, namun ia adalah tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebelum mengadap Allah SWT kerana kehidupan di alam sana lebih lama dan akan dipersoalkan sekali akan menerima hukuman lebih berat jika amanah yang diberi gagal ditunaikan.

Itulah yang menjadikan Dr. Mohd Na’im sentiasa sibuk. Tidak kiralah panas atau hujan, malam atau siang, beliau dilihat tidak pernah mengenal erti penat lelah mencari dan memastikan golongan kurang berkemampuan sentiasa ‘damai’ di bumi Allah.

Jika dilihat dari sudut kerjayanya, bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie itu sememangnya selesa berada di kerusi empuk di pejabat dan hanya memberi arahan kepada pegawai ‘bekerja’ untuknya dan sudah pasti tiada siapa berani membantah. Tetapi itu bukannya prinsip yang dipegang Dr. Mohd Na’im.

Pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sentiasa didekatinya untuk mencari titik penyelesaian dan jalan keluar kepada golongan kurang berkemampuan atau gelandangan dari kalangan warganegara dengan memastikan mereka tidak dijerut dengan kemiskinan secara berpanjangan.

Penulis amat tertarik dan melihat Dr. Mohd Na’im meluangkan masa bertemu sendiri dengan Pertubuhan Jejak Jalanan menerusi Ketua Aktivitis NGO berkenaan yang dikenali sebagai Abe Hae serta pasukannya untuk mencari titik persamaan membantu golongan memerlukan.

Beliau bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Fauzi Abidin mendengar sendiri penjelasan daripada NGO Jejak Jalanan berhubung isu tular di media sosial dan menyaksikan gerak kerja pertubuhan menyantuni gelandangan sekitar ibu kota.

Terdahulu, satu isu tular dalam media sosial iaitu Puan Azira dan anaknya, pihak MAIWP turut memberi penjelasan kepada Dr. Mohd Na’im mengenai status permohonan wanita berkenaan yang agak meragukan, maklumat tidak lengkap dan beliau sendiri kerap berselindung daripada dibantu.

Pengurusan Zakat MAIWP akan diaudit, justeru segala kewangan, bantuan perlu telus, mematuhi tatakelola serta integriti amanah pembayar zakat. Apa yang penting, status Puan Azira sudahpun diambil dan dijaga keluarga beliau.

Inilah yang dikatakan, bukan kerusi empuk dan keselesaan menjadi keutamaan Dr. Mohd Na’im kerana benda sekecil-kecilnya berbanding jawatannya. Ini semua kerana keperibadiannya yang sentiasa berasa pilu dan tersentuh bila membangkitkan isu masyarakat, terutama golongan miskin.

Penulis tertanya-tanya, siapa lagi yang sanggup turun ke jalanan menyaksikan sendiri perjuangan NGO mengambil inisiatif untuk membantu golongan asnaf. Begitu juga, bagaimana kewangan NGO berkenaan membantu kebajikan kalangan masyarakat tertentu yang sentiasa kelaparan dan dahaga.

Dr. Mohd Na’im sememangnya tidak lokek mencari alternatif bagaimana mahu memastikan golongan ini sentiasa dibela dan tidak menjadikan isu kemiskinan sebagai modal politik untuk menjahanamkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Itulah yang sentiasa berlegar difikiran Dr. Mohd Na’im, tiada apa yang perlu digapai di peringkat global jika beliau sendiri tidak turut serta merasai keperitan dan kepayahan golongan kurang bernasib baik di depan mata.

Sudah pasti kehidupan golongan berkenaan malu untuk berterus terang, namun sebagai pemimpin yang sentiasa prihatin terhadap masyarakat sekitar yang sentiasa memerlukan pertolongan kerajaan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Dalam firasat Dr. Mohd Na’im tiada istilah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ kerana baginya beliau menganggap dirinya akan gagal.

Berdasarkan ayat Al-Imran:26, “Dia (Allah) berikan kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan dia menarik kerajaan daripada sesiapa yang Dia kehendaki; Dia muliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia hinakan sesiapa yang Dia kehendaki, segala kebaikan itu miliknya dan sesungguhnya Dia berkuasa atas segalanya – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *