KLANG – Operasi KTM Komuter Lembah Klang terganggu susulan banjir kilat melanda daerah ini khususnya laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim – Pelabuhan Klang.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya melaporkan, banjir kilat antara Stesen Batu Tiga dan Stesen Subang Jaya berlaku akibat hujan lebat berterusan pagi ini.
“Perkhidmatan KTM Komuter dari Pelabuhan Klang akan tamat di Stesen Batu Tiga.
“Penumpang yang hendak meneruskan perjalanan ke Stesen Subang Jaya akan diaturkan menaiki bas perantara.
“Perkhidmatan KTM Komuter diteruskan dari Stesen Subang Jaya ke Stesen Tanjung Malim,” kata KTMB dalam kenyataan di laman media sosial.
KTMB turut memohon maaf atas kesulitan dihadapi pengguna dan perkembangan terkini operasi perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001