Banjir kilat landa Sungai Merab, 12 rumah terjejas

KAJANG – Sebanyak 12 rumah di Kampung Sungai Merab Luar di sini, dilaporkan terjejas akibat banjir kilat awal pagi tadi, dengan kedalaman air mencecah sehingga empat kaki.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 22 minit kemudian dengan masing-masing satu jentera LFRT dan RRV serta dua bot.

Komander Operasi, PBK II Mohamad Shahrulizuan Hussin memaklumkan, seramai 15 mangsa telah dibawa keluar dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Laporan oleh Komander Operasi didapati benar berlakunya banjir kilat berkedalaman 4 kaki yang melibatkan anggaran 12 buah rumah dan air dalam keadaan tren menurun.

“Seramai 15 mangsa berjaya dibawa keluar,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut laporan, kejadian banjir berlaku secara tiba-tiba susulan hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.

Penduduk diingatkan sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti arahan pihak berkuasa jika keadaan cuaca kembali buruk.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka kerana semua mangsa berjaya ditempatkan di kediaman ahli keluarga terdekat dan keadaan air semakin surut menjelang pagi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *