Wanita bunuh, kerat suami kerana minta cerai

NEW YORK – Seorang wanita dari Carolina Utara ditahan kerana disyaki membunuh suaminya yang merupakan bekas anggota Green Beret, selepas mayat suaminya ditemukan dikerat dan dibuang ke dalam kolam.

Kejadian tragis ini berlaku selepas suaminya, Clinton ‘Clint’ Bonnell, 50, menyatakan hasrat untuk bercerai, lapor polis.

Shana Cloud, 50, ditahan pada Jumaat lalu dan didakwa dengan pembunuhan darjah pertama serta menyembunyikan kematian, selepas penyiasatan selama dua bulan berhubung kehilangan misteri suaminya yang berlaku pada Januari 2025, menurut Pejabat Sheriff County Cumberland.

Menurut rekod mahkamah, teman wanita Bonnell memberitahu polis bahawa bekas anggota tentera itu telah bertemu dengan peguam dan berbincang dengan isterinya mengenai perceraian pada malam sebelum dia hilang.

Bonnell, yang telah bersara pada Disember 2024 selepas 20 tahun berkhidmat dalam tentera dan kini sedang melanjutkan pelajaran, dilaporkan hilang pada 28 Januari lalu apabila seorang pekerja di Universiti Methodist di Fayetteville menyedari beliau gagal hadir ke kelas.

Setelah itu, pihak berkuasa menemui kereta, beg buku dan beberapa barang peribadi Bonnell di rumahnya.

Cloud memberitahu polis, dia kali terakhir melihat suaminya pada hari sebelumnya. Siasatan dilancarkan kemudian setelah permintaan pemeriksaan universiti kedua diterima.

Pada 25 Februari, hampir sebulan selepas Bonnell dilaporkan hilang, polis menerima laporan mengenai mayat yang kehilangan lengan dan kaki terapung di sebuah kolam di Jalan Gainey, hanya 4.8 kilometer dari rumah pasangan itu.

Pihak berkuasa kemudiannya mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah milik Bonnell setelah analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Keluarga Bonnell menyatakan rasa terkejut dan kesedihan mereka, dengan menyifatkan mendiang sebagai seorang yang telah mendedikasikan hidupnya untuk melakukan kebaikan dunia ini.

Cloud kini ditahan tanpa ikat jamin di Pusat Tahanan County Cumberland sementara menunggu proses perundangan selanj00000000000000utnya. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *