Penumpang bot ekspres hilang lepas jatuh sungai

SIBU – Seorang penumpang bot ekspres hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika insiden berlaku di muara Sungai Paloh, Tanjung Manis, iaitu 104 kilometer dari sini, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspres berkenaan sekitar jam 1.20 tengah hari.

“Sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 petang, pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba Tanjung Manis telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya 25 km,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan dilakukan esok berikutan keadaan gelap.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *