Lebih 1 juta kenderaan perantau sudah masuk ke Kelantan

KOTA BHARU – Dianggarkan lebih 1 juta kenderaan perantau sudah memasuki Kelantan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, semua kenderaan itu masuk ke negeri ini melalui tiga pintu utama iaitu Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Katanya, sehubungan itu, seramai 128 pegawai dan anggota ditugaskan selama 24 jam di lokasi dikenal pasti sebagai ‘blackspot’ dan ‘hot spot’ kemalangan di seluruh negeri.

“Sebanyak 66 kawasan ‘blackspot’ dan 42 ‘hot spot’ kerap berlaku kemalangan dan kesesakan jalan telah dikenal pasti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kawasan terlibat adalah Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dan Jalan Gua Musang-Jeli,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni petugas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di persimpangan lampu isyrat Jalan Wakaf Siku di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, anggota yang bertugas menerusi skuad khas akan melakukan rondaan menggunakan motosikal sepanjang musim perayaan untuk memastikan kelancaran aliran trafik.

Katanya, pegawai dan anggota itu akan bertugas di seluruh Kelantan bermula pagi sehingga pukul 10 malam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan menganggarkan sebanyak dua juta kenderaan akan masuk ke negeri ini sempena sambutan Aidilfitri.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jumpah itu berpandukan kepada statistik yang telah direkodkan pada tahun-tahun sebelum ini. 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *