Panik diugut ada waran tangkap, dua termasuk pesara kerajaan rugi hampir RM350,000

NILAI – Dua individu termasuk pesara kerajaan kerugian hampir RM350,000 selepas diperdaya scammer menyamar ‘pegawai polis’ yang mendakwa mereka terbabit dengan penggubahan wang haram dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata aduan daripada warga tempatan itu diterima menerusi Balai Polis Nilai antara jam 2.50 hingga jam 6.30 petang semalam.

Katanya, mangsa yang masing-masing berusia 54 dan 66 tahun itu melakukan sembilan transaksi kononnya bagi menyelesaikan masalah berkenaan kerana ketakutan dan panik selepas menerima panggilan daripada sindiket terbabit.

“Mangsa menyatakan pada awal Mac lalu, mereka menerima panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali menyamar sebagai pegawai polis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sindiket menyatakan kepada suri rumah dan pesara kerajaan itu bahawa mereka terbabit dengan kes penggubahan wang haram dan pengedaran dadah.

“Mangsa lebih panik apabila pegawai polis berkenaan memaklumkan, waran tangkap sudah dikeluarkan ke atas nama mereka,” katanya lapor Berita Harian dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Malik berkata bermula dari 7 sehingga 22 Mac, kedua-dua pengadu membuat sembilan kali pindahan wang secara atas talian ke lapan akaun bank berbeza.

Katanya, pesara kerajaan itu kerugian RM163,000 manakala mangsa wanita RM186,000 dengan jumlah keseluruhan kerugian adalah RM349,086.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kedua-dua mangsa tiada kaitan namun modus operandi yang digunakan suspek adalah sama,” katanya.

Abdul Malik berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *