Anwar sahkan akan rasmi pecah tanah masjid di Jalan Masjid India

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan merasmikan majlis pecah tanah sebuah masjid yang bakal dibina di Jalan Masjid India di sini Khamis ini, biarpun dipertikai badan bukan kerajaan (NGO).

Pada masa sama Berita Harian melaporkan, Perdana Menteri juga mahu supaya pihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman meneruskan perbincangan dengan pemilik tanah iaitu syarikat swasta serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi urusan pemindahannya ke lokasi lain.

“Saya akan teruskan untuk meletakkan batu asas masjid pada 27 hari bulan (Khamis ini). Saya minta jawatankuasa kuil runding dengan baik. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), syarikat berkenaan, DBKL.. semua itu diminta sederhana, sopan dan bincang dengan baik.

“Jawatankuasa kuil saya sebut begitu juga, bincang dengan baik. Kami ini rakan dan sahabat dan jangan dambakan kami sebagai orang zalim dan jangan dengar penghasut,” katanya berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Turut sama hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan keperluan membina sebuah masjid di sana dibuat berikutan keadaan surau dan masjid di sekitarnya sudah padat, di mana kebenaran pembinaannya juga sudah diperoleh sejak 2019.

“Saya tegaskan, bila kebenaran bina masjid diluluskan? 2019, tahu siapa Perdana Menteri masa itu. Bila diberi kebenaran pembangunan? 2020..Perdana Menteri baru ambil alih.

“Bila diluluskan mula bangun dan dibina? 2021.. Perdana Menteri yang satu lagi (ambil alih), tapi yang salah Perdana Menteri sekarang,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *