Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL

Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL

12/03/2025

JOHOR BAHRU – Polis mengesan dua individu yang terbabit dalam insiden pertengkaran di Lebuhraya EDL menghala ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

“Kejadian membabitkan seorang lelaki yang memandu Honda HR-V berwarna perak telah bertengkar mulut dengan mangsa sebelum mengacah mahu memukulnya menggunakan sebatang kayu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pihak polis kini sedang mengesan kedua-dua individu berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Berdasarkan video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku ketika kesesakan lalu lintas, namun punca sebenar pertengkaran masih belum dikenal pasti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *