Eda Ezrin, suami serta empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda

Eda Ezrin, suami serta empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda

06/03/2025:

PENYANYI lagu ‘Bey Sobar Bey’, Eda Ezrin dan suami serta empat rakan yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand hari ini, atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim terhadap Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti kesemua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung, lapor Harian Metro.

Manakala bagi pertuduhan mengambil dadah, kesemua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (RM526) setiap seorang, namun tempoh pemenjaraan itu sudah selesai dilakukan selain disebabkan kesemua tertuduh berkelakukan baik.

Sementara Erdeka dan Zuhaira yang didakwa atas pertuduhan memasuki Thailand tanpa dokumen dikenakan denda RM526.

Eda Ezrin dan lima lagi ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok pada 1 November lalu kerana memiliki pil kuda.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *