Proses bedah siasat Pegawai Tribunal Kastam belum selesai โ€“ polis

Proses bedah siasat Pegawai Tribunal Kastam belum selesai โ€“ polis

06/03/2025:

PROSES bedah siasat mayat Pegawai Tribunal Kastam masih dijalankan dan belum selesai setakat ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Rusdi berkata kes melibatkan mangsa berusia 45 tahun itu masih dalam siasatan dan sekiranya ada keterangan yang menunjukkan perlakuan jenayah, maka kes akan diklasifikasikan semula.

โ€œBedah siasat masih belum selesai. Kes masih dalam siasatan,ย yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),โ€ katanya dalam kenyataan hari ini.

๐Ÿ“ž Heda: +6014-808 8897 | ๐Ÿ’ฌ Iqi: +6010-924 2335

Semalam, media melaporkan seorang pegawai kastam ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terikat menggunakan pengikat kabel.

Rusdi turut dilaporkan berkata pegawai kastam itu ditemukan maut di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di sini dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dijumpai.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

๐Ÿ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | ๐Ÿ’ฌ WhatsApp Tempahan
๐Ÿ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok:ย https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.comย /ย sales@nasionaldaily.comย / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *