Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16

14/02/2025:

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan barisan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Menurut Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan, Dr Nur `Izzah Norman, ia menampilkan gabungan pemimpin profesional bagi memperkukuh struktur parti sebagai persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Pembentukan badan pimpinan baharu ini menekankan kecekapan organisasi dan hala tuju politik yang lebih progresif bagi menghadapi cabaran semasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Keutamaan kini diberikan kepada pemerkasaan struktur parti, pengukuhan jentera akar umbi serta kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan pilihan raya lebih awal daripada jangkaan,” kata Nur `Izzah dalam kenyataan semalam.

Selain Nur `Izzah selaku Setiausaha Negeri, barisan Jawatankuasa BPN Bersatu Wilayah Persekutuan 2024-2027 dianggotai Rosman Nordin sebagai Ketua Penerangan, Ad Afnan Shaharuddin sebagai Bendahari Negeri serta Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian.

Nur `Izzah berkata, barisan kepimpinan ini akan memberi fokus untuk memperkasa jentera parti, meningkatkan penglibatan akar umbi, mengukuhkan kedudukan politik parti dan memastikan kesiapsiagaan menghadapi PRU16.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *