4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan

4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan

13 Feb 2025:

TAICHUNG – Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dalam letupan kuat pada Khamis di sebuah pusat membeli-belah di Taichung, Taiwan.

Kejadian turut menyebabkan sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera, lapor media tempatan yang memetik kenyataan Datuk Bandar Taichung, Lu Shiow-yen.

Letupan berlaku sekitar jam 11.30 pagi di Shin Kong Mitsukoshi Department Store, sebuah pusat membeli-belah mewah di Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.

Saksi berkata empat mangsa itu dilihat terpelanting dari tingkat 12 pusat beli-belah tersebut, menurut laporan itu lagi.

Jabatan bomba Taichung berkata insiden sekitar jam 11.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.

Misi menyelamat sedang dijalankan dan sekurang-kurangnya 62 anggota bomba dan 27 trak bomba telah dikerah ke lokasi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *