Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan

Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan

13 Feb 2025:

ALOR GAJAH – Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan isterinya yang maut selepas motosikal ditunggang wanita itu terbabas di Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin di sini, tengah malam semalam.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu yang dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam semalam, motosikal ditunggang Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar tembok batu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Polis, terdapat maklumat mengatakan sebelum kemalangan itu mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang dan ketika dalam perjalanan pulang, suami mangsa dipercayai mengikutnya dari belakang namun wanita itu kemudian memecut motosikal sebelum terbabas. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *