TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal

14/02/2025: 

SEREMBAN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson dekat sini malam ini.

TNB dalam kenyataan memaklumkan keadaan adalah terkawal dan pasukan teknikal segera dikerahkan ke lokasi bagi menilai situasi serta mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan semua pihak.

“Pada masa ini, bekalan elektrik kepada pengguna tidak terjejas dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“TNB akan terus memantau perkembangan situasi ini dan akan memberikan maklumat terkini sekiranya diperlukan. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut TNB di hantaran Facebook.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 9.09 malam dan 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Maklumat daripada pemanggil yang menghubungi balai bomba Port Dickson memaklumkan terdapat letupan pada Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson. Bomba kemudian melakukan size-up (proses mengumpul maklumat) di lokasi bagi mengenal pasti punca letupan,” katanya. -BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *