Simeone ledak dua gol bantu Atletico benam Getafe

Simeone ledak dua gol bantu Atletico benam Getafe

MADRID – Giuliano Simeone meledak dua gol di babak pertama untuk membantu Atletico Madrid kendalian bapanya, Diego menewaskan Getafe 5-0 pada aksi suku akhir Piala Raja Sepanyol.

Simeone membuka jaringan pada minit kelapan selepas menanduk hantaran Javi Galan, sebelum menjaringkan gol keduanya sembilan minit kemudian.

Penjaga gol Getafe, Jiri Letacek menafikan percubaan Samu Lino pada minit ke-30 tetapi pemain Brazil itu memastikan percubaannya pada minit ke-42 membolosi gawang pelawat untuk kedudukan 3-0.

Giuliano menyangka dia berjaya melengkapkan hatrik selepas rehat, tetapi gol minit ke-49 itu dibatalkan kerana ofsaid dan dia kemudian dikeluarkan pada minit ke-60.

“Saya sangat gembira malam ini, ia cukup gila. Saya ingin berterima kasih kepada pasukan kerana usaha gigih kami.

“Saya gembira dengan gol-gol dijaringkan, saya sentiasa fikirkan tentang apa yang perlu ditambah baik setiap hari, masih banyak kelemahan dan perkara-perkara kecil yang saya mahu perbaiki untuk bertambah baik,” kata Giuliano.

Pemain gantian, Angel Correa meledak gol keempat tuan rumah pada minit ke-78 sebelum membantu jaringan Alexander Sorloth, yang juga dimasukkan pada babak kedua.

Selepas mengesahkan tempat di separuh akhir untuk musim kedua berturut-turut, Atletico akan kembali memberi tumpuan kepada saingan La Liga di mana mereka akan bertemu pendahulu, Real Madrid dalam aksi tetangga Madrid pada Sabtu ini.

“Hari ini perlawanan yang sangat sukar, jadi kami perlu rehat, bersiap untuk aksi Sabtu ini,” kata Simeone, 22. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *