PUTRAJAYA – Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata keadaan itu menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pagar besi serta sebahagian dinding konkrit pakir berkenaan.
Siasatan awal mendapati pemandu lelaki 38 tahun adalah pesakit jantung dan ketika kejadian kenderaan itu dinaiki tiga penumpang. Mereka selamat dan hanya cedera ringan.
“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu sakit dada secara tiba-tiba ketika memandu dan mengakibatkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan kejadian dan akibat kemalangan menyebabkan tembok pakir pecah dan serpihan batu terkena pada sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza di bawah pakir berkenaan.
Katanya, mangsa dilaporkan selamat dan tiada unsur sabotaj kerana secara tidak sengaja serta hilang kawalan ketika memandu.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252