UEL: Manchester United lakar lima kemenangan berturut-turut

UEL: Manchester United lakar lima kemenangan berturut-turut

FCBS 0 MANCHESTER UNITED 2

Diogo Dalot dan Kobbie Mainoo menjadi watak penting selepas menjaringkan gol untuk membantu Manchester United mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Liga Eropah (UEL) selepas mengatasi FCSB, 2-0 di Arena Nasional, awal pagi tadi.

The Red Devils bangkit selepas 45 minit pertama dengan Dalot mudah menolak masuk bola hasil hantaran lintang daripada Mainoo pada minit ke-60 untuk memastikan mereka mendahului terlebih dahulu.

Selang tujuh minit kemudian, giliran Mainoo pula menambah derita pasukan tuan rumah selepas menyudahkan hantaran Alejandro Garnacho yang masuk sebagai pemain gentian untuk mendahului FCSB 2-0.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kemenangan itu menjadikan kemenangan kelima berturut-turut buat United dalam kempen UEL.

Malah, kemenangan itu turut memacu United berada dalam kelompok tiga terbaik dalam carta liga dengan 18 mata selepas lapan perlawanan apabila melakar lima kemenangan dan tiga kali seri.

Untuk rekod, jaringan dan bantuan jaringan daripada Mainoo itu memastikan dia menjadi pemain pertama United -yang beraksi pertama kali dalam kancah UEL- sejak Wayne Rooney yang melakukan perkara sama -satu gol satu bantuan jaringan- pada September 2024 ketika berdepan Fenerbahce.

FCBS menempah slot ke pusingan play off apabila berada di kedudukan ke-11.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *