Neymar umum pulang ke Santos

Neymar umum pulang ke Santos

SAO PAULO – Neymar mengumumkan kepulangannya ke kelab Brazil, Santos – di mana kariernya bermula – selepas meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

“Saya akan menandatangani kontrak dengan Santos Futebol Clube,” tulis Neymar di media sosial.

Pemain 32 tahun itu, yang pernah bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain, hanya bermain tujuh kali dengan Al-Hilal akibat kecederaan berulang.

Penjaring terbanyak Brazil itu, menyertai Al-Hilal pada Ogos 2023, mengikut jejak Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema yang memilih untuk mengakhiri karier di Liga Pro Saudi.

Tetapi dua bulan selepas tiba di Riyadh, dia cedera di lutut kiri ketika mewakili Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, dan terpaksa berehat hampir setahun.

Dia kemudian cedera beberapa kali di bahagian hamstring dan lutut dalam percubaannya untuk kembali beraksi.

Neymar menjaringkan 79 gol dalam 128 penampilan untuk negaranya. Dia cuba dilamar kelab Major League Soccer, namun memilih untuk kembali ke Santos bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan Brazil. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *