Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.

Titah ucapan Seri Paduka Baginda berdua itu dizahirkan menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang akan disambut esok adalah satu mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *