Dr. Dzul, Fadhlina sempurna program Pemeriksaan Refraksi

Dr. Dzul, Fadhlina sempurna program Pemeriksaan Refraksi

PUTRAJAYA – Gabungan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memeriahkan majlis Penyerahan Kaca Mata bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan kepada Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Kategori B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan Putrajaya di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 9 (2) di sini, hari ini.

Inisiatif kerjasama KKM, KPM dan Optimax Eye Specialist Center Sdn. Bhd. itu antara lain untuk mempertingkatkan kesihatan penglihatan dalam kalangan murid.

Program itu melibatkan pemeriksaan refraktif menyeluruh di 16 sekolah sekitar Putrajaya dengan penyertaan 258 murid.

Dari jumlah itu, 100 murid Tahun 1 dari keluarga B40 dan M40 yang dikenalpasti memerlukan cermin mata dan layak menerima bantuan, telah menerima penajaan kaca mata secara percuma.

Program kerjasama awam swasta ini diharap dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai murid mendapat manfaat daripada penjagaan kesihatan dan bantuan pendidikan yang inklusif.

KKM sentiasa komited dalam mempertingkatkan kualiti kesihatan dan memperkasakan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat bagi membolehkan masyarakat mencapai potensi sepenuhnya dalam meningkatkan kualiti hidup.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli; Pengerusi Optimax Eye Specialist, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min; Pengasas dan Timbalan Pengerusi Optimax Eye Specialist, Tan Sri Tan Boon Hock; Ketua Pegawai Eksekutif Optimax Eye Specialist, Sandy Tan; dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr. Mohd Safiee Ismail.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *