Bekas jurulatih hoki negara, Sarjit Singh meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pasukan dan jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), di sini, malam tadi.

Mendiang yang berdepan masalah kesihatan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 malam.

Berita pemergian legenda hoki negara itu disahkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

KHM turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan tersayang mendiang yang pernah menyarung jersi kebangsaan dari 1982 hingga 1993.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dedikasi, khidmat dan sumbangan beliau kepada hoki Malaysia, sama ada sebagai pemain mahupun ketua jurulatih, akan sentiasa dikenang.

“Salam takziah yang tulus kepada keluarga dan insan tersayang. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat sukar ini. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang karier sebagai pemain, Sarjit mewakili Malaysia pada dua edisi Sukan Olimpik masing-masing di Los Angeles pada 1984 dan Barcelona pada 1992.

Beliau juga membantu negara meraih pingat gangsa pada dua edisi Sukan Asia, iaitu di New Delhi pada 1982 dan Beijing pada 1990.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Selepas bersara sebagai pemain, Sarjit terus menabur bakti dalam arena hoki sebagai jurulatih dan pernah membimbing skuad kebangsaan dari 2007 hingga 2008.

Beliau kembali diberi kepercayaan mengendalikan pasukan negara bagi tempoh Mac 2024 hingga Mac 2026. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *