Dr Solehah heret UIAM ke Mahkamah Perusahaan

KUALA LUMPUR – Dr. Solehah Yaacob akan mencabar penamatan perkhidmatannya oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Mahkamah Perusahaan selepas mendakwa beliau dipecat dalam tempoh hanya 24 jam tanpa diberi peluang membuat rayuan.

Dr. Solehah mendakwa tindakan UIAM menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan akademik dibuat secara tidak profesional, selain mendedahkan beliau menolak tawaran pampasan bersamaan enam bulan gaji.

“Saya dipecat dalam tempoh 24 jam dan tidak dibenarkan buat rayuan,” katanya kepada FMT.

“UIAM mahu bayar saya (pampasan) bersamaan enam bulan gaji, tetapi saya tolak.”

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, pertikaian berhubung penamatan perkhidmatannya itu kini akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan.

Dr. Solehah turut mempersoalkan tindakan UIAM kerana menurutnya, penamatan itu berlaku sehari selepas beliau menerima anugerah berkaitan Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

DagangNews.com melaporkan, kenyataan Dr. Solehah itu menyusul penjelasan rasmi UIAM pada 23 Ogos lalu mengenai status perkhidmatan dan kaitannya dengan universiti berkenaan.

UIAM dalam kenyataan Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) berkata, perkhidmatan Solehah sebagai kakitangan akademik telah berakhir berkuat kuasa 27 April 2026.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Universiti itu menegaskan, beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor di UIAM atau mewakili universiti berkenaan dalam apa-apa perjawatan.

UIAM turut menyatakan penggunaan sebarang gelaran, jawatan, kulliyyah, pusat, institut, jabatan atau apa-apa bentuk kaitan rasmi dengan universiti itu adalah tidak dibenarkan.

Larangan itu termasuk penggunaan gelaran atau perjawatan berkaitan UIAM dalam bahan promosi, pelaporan media, penerbitan, pengiklanan, kandungan media sosial, bahan publisiti atau bahan hebahan lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

UIAM berkata, penjelasan tersebut dibuat bagi mengelakkan kekeliruan serta demi menjaga integriti dan kesarjanaan akademia.

Solehah sebelum ini menjadi perhatian umum susulan beberapa pandangannya mengenai sejarah dan tamadun Melayu yang mencetuskan perdebatan.

Antara pandangan yang dilaporkan pernah dikemukakannya ialah masyarakat Rom purba mempelajari ilmu pembuatan kapal daripada orang Melayu.

Terbaharu, beliau membentangkan teori yang mengaitkan kekayaan bijih besi di Kedah purba dengan kemungkinan hujan meteor pada zaman silam.

Pembentangan bertajuk Besi Dari Langit — Mengapa Kedah Kaya Dengan Besi? itu mengaitkan susun atur geologi Gunung Jerai dan kompleks peleburan besi purba Sungai Batu dengan kemungkinan kesan hentaman objek dari angkasa.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *