Kedai pinggir bandar mula pacu pertumbuhan SSF

KUALA LUMPUR – Prestasi kedai di kawasan pinggir bandar mula menjadi antara penyumbang penting kepada pertumbuhan SSF Home Group Bhd apabila peruncit kelengkapan rumah itu mencatat peningkatan hasil dan keuntungan yang ketara bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026.

SSF mencatat hasil RM193.28 juta, meningkat 26.7 peratus daripada RM152.51 juta setahun sebelumnya, manakala keuntungan selepas cukai (PAT) melonjak 78.8 peratus kepada RM10.55 juta daripada RM5.90 juta.

Kumpulan berkata prestasi lebih kukuh itu disokong inisiatif pemasaran yang disasarkan, peningkatan penglibatan pelanggan serta sumbangan daripada rangkaian runcit yang diperluas, termasuk prestasi menggalakkan kedai yang terletak di kawasan pinggir bandar.

Perkembangan itu memberi petunjuk bahawa peluasan rangkaian di luar lokasi bandar utama mula menyumbang kepada asas pertumbuhan SSF, ketika kumpulan terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran perabot, hiasan rumah dan produk kediaman.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pengarah Eksekutif SSF Home Group Bhd, Lok Kok Khong berkata, TK2026 mencerminkan kemajuan berterusan usaha syarikat untuk mengukuhkan kedudukan runcit SSF dan membina asas yang lebih kukuh untuk fasa pertumbuhan yang seterusnya.

Beliau berkata, kumpulan kekal memberi tumpuan kepada penyelesaian kehidupan rumah yang berbaloi, praktikal dan berkualiti, di samping menyegarkan tawaran produk dan meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.

SSF juga merancang membuka kedai tambahan dalam masa terdekat, termasuk di lokasi yang berpotensi membolehkan kumpulan menjangkau pangkalan pelanggan lebih luas, sambil meneruskan usaha penjenamaan semula, penetapan harga strategik dan inovasi produk.

Kumpulan kini mempunyai lebih 40 kedai runcit di seluruh negara selain saluran dalam talian, dan melihat peluasan jejak fizikal sebagai sebahagian strategi mengukuhkan kehadiran pasaran.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam tempoh dua bulan bagi suku kelima FY2026, SSF mencatat hasil RM25.65 juta, keuntungan sebelum cukai RM1.96 juta dan PAT RM1.36 juta. Tempoh pelaporan itu lebih pendek selepas kumpulan menukar tahun kewangannya daripada 30 April kepada 30 Jun.

Walaupun meneruskan pengembangan, SSF mengakui berdepan tekanan luaran termasuk kos pengeluaran dan logistik yang lebih tinggi akibat kenaikan harga minyak, inflasi serta pertumbuhan global lebih lemah berpunca daripada ketidaktentuan geopolitik.

Bagi mengurus cabaran itu, kumpulan akan memberi tumpuan kepada penetapan harga strategik, inisiatif kecekapan kos dan perkongsian rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan, selain meneruskan konsep nilai untuk wang dan produk berpatutan.

Pada masa sama, Lembaga Pengarah SSF mengisytiharkan dividen interim 0.5 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027, dengan tarikh kelayakan pada 17 September dan pembayaran dijadualkan pada 30 September 2026.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *