Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu

Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu

PASIR PUTEH – Seorang lelaki yang dikehendaki pihak berkuasa mati selepas berbalas tembak dengan sepasukan anggota polis di Jalan Jeram Pasu di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, yang turut berada di lokasi kejadian, memaklumkan suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.

Beliau berkata, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan telah mengekori suspek bermula dari Melor, Kota Bharu sebelum cuba menahan kereta jenis Bezza dinaiki suspek di Jalan Jeram Pasu.

Bagaimanapun, suspek melepaskan beberapa das tembakan sebelum polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri.

Suspek maut di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan, polis menjumpai sepucuk pistol semi auto, sepucuk pistol tiruan, sebilah parang dan sebungkus tembakau yang dipercayai untuk diseludup masuk ke penjara.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 24 rekod jenayah, masing-masing 17 kes berkaitan jenayah dan selebihnya berkaitan narkotik.

Kejayaan polis memburu suspek itu hasil dari risikan dan operasi cegah jenayah yang dijalankan.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk proses bedah siasat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *