Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya belum memasang perangkap, namun meminta orang ramai yang berada di kawasan berkenaan supaya berhati-hati.

“Kita pantau dahulu sebab tidak semua (kes) kita akan pasang perangkap kerana kawasan berkenaan merupakan habitat haiwan itu dan kita minta orang ramai berhati-hati … jangan timbulkan provokasi, jangan baling (barang) ke arah buaya itu.

“Selepas itu, pihak kami menjangkakan dalam dua atau tiga hari ini haiwan itu akan pulang semula (ke habitat asal) kerana berkemungkinan buaya itu tersesat di kawasan pantai terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semalam, media melaporkan pasukan rondaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima maklumat daripada satu rakaman video penampakan buaya itu yang berada berdekatan dengan jeti milik syarikat Vale Mineral (Malaysia) Sdn Bhd (Vale) di Teluk Rubiah kira-kira 2.24 petang.

Selepas menerima laporan itu, tindakan telah dilakukan oleh pihak APM dan mengesahkan kewujudan reptilia itu di kawasan terbabit, susulan itu, Perhilitan Perak telah menjalankan operasi pemantauan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *