PN sahkan Azmin setiausaha agung

PN sahkan Azmin setiausaha agung

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) mengesahkan pelantikan Azmin Ali sebagai setiausaha agung gabungan itu, manakala Ahmad Faizal Azumu dilantik ketua penerangan.

Menurut Azmin dalam kenyataan malam tadi, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat itu turut memaklumkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai ketua wanita PN.

Beliau berkata, Bersatu menamakan Hamzah Zainudin sebagai timbalan pengerusi PN, manakala Radzi Md Jidin dan Ronald Kiandee sebagai anggota MT PN, selaras dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

“Mesyuarat MT PN juga membincangkan dan mengambil maklum perkembangan politik semasa di Sabah dan mengambil ketetapan bahawa Perikatan Nasional akan menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan selewat-lewatnya bulan November 2025,” katanya.

Beliau berkata, PN Sabah diberikan tanggungjawab untuk membuat persiapan dan perbincangan dalam merangka strategi untuk membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

MT PN juga katanya menerima penubuhan Jabatan Dasar dan Strategi yang berperanan dalam semua isu-isu strategik dan pelan tindakan strategik serta bertanggungjawab kepada kaji selidik berkaitan isu semasa negara.

Dalam pada itu, Azmin berkata, PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *