Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan

Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir kembali menunjukkan peningkatan setakat 6 pagi Selasa susulan amaran hujan lebat berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hingga Rabu ini.

Dua negeri di pantai timur kembali membuka semula pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan Terengganu dan Pahang.

Kemas kini di Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan 1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.

Terengganu kembali mencatatkan peningkatan jumlah mangsa dengan 467 orang yang ditempatkan di 11 PPS.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Manakala di Pahang, 4 PPS dibukan untuk menempatkan 45 mangsa daripada 13 keluarga.

Negeri-negeri selatan tanah air turut menunjukkan peningkatan sedikit dengan Johor mencatakan 166 mangsa manakala Melaka kekal 11 orang di satu PPS yang masih dibuka.

Perak pula merekodkan 112 mangsa daripada 36 keluarga di 3 PPS.

Sementara di Negeri Sembilan, 251 mangsa kini ditempatkan di 3 PPS.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Di Sabah, 41 mangsa daripada 10 keluarga masih ditempatkan di satu PPS.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *