KUALA LUMPUR – DC Healthcare Holdings Berhad (DC Healthcare), penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang khusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minima, mengumumkan pembukaan Klinik Dr. Chong baharu di George Town, Pulau Pinang.
Klinik baharu ini mewakili satu langkah penting dalam komitmen Kumpulan untuk meluaskan kehadirannya di utara dan menangani permintaan semakin meningkat untuk perkhidmatan estetik perubatan berkualiti tinggi.
Klinik ini dilengkapi dengan kemajuan terkini dalam teknologi perubatan dan disokong oleh pasukan profesional berkemahiran tinggi, memastikan pelanggan menerima penjagaan perubatan estetik yang premium dan secara peribadi.
Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr. Chong Tze Sheng berkata, pembukaan klinik di Georgetown, Pulau Pinang menggariskan dedikasi syarikat untuk memenuhi permintaan semakin meningkat bagi perkhidmatan estetik perubatan.
“Lokasi Pulau Pinang yang strategik dan reputasinya sebagai destinasi pelancongan kesihatan menjadikannya sebuah pilihan yang sempurna untuk pengembangan.
“Kami komited memberikan perkhidmatan yang luar biasa dengan menggabungkan teknologi inovatif, kakitangan mahir dan pendekatan berpusatkan pesakit untuk meningkatkan taraf perubatan penjagaan estetik,” katanya di sini, hari ini.
Terletak di tengah Pulau Pinang, hab pelancongan kesihatan yang diiktiraf, klinik baharu itu bertujuan untuk memenuhi bukan sahaja kepada masyarakat tempatan, tetapi juga pelawat antarabangsa yang mencari rawatan perubatan estetik terkini.
Tze Sheng berkata, untuk menyokong pertumbuhan itu, DC Healthcare secara aktif melabur dalam merekrut dan mengekalkan doktor perubatan, perunding dan kakitangan sokongan yang sangat berpengalaman.
Selain itu, Kumpulan komited untuk menaik taraf peralatan perubatannya dengan teknologi terkini bagi memastikan hasil penjagaan dan rawatan yang berkualiti tinggi.
Dengan pembukaan klinik George Town, DC Healthcare kini mengendalikan sejumlah 18 klinik estetik perubatan, termasuk penambahan pusat kulit dan kesihatan baharu serta empat cawangan DC Body di seluruh negara. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252