Isu FashionValet: SPRM rakam percakapan Vivy, suami

Isu FashionValet: SPRM rakam percakapan Vivy, suami

PUTRAJAYA – Selepas tiga jam, proses rakaman percakapan pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar masih berlangsung di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi pada Selasa.

“Masih (rakaman keterangan),” katanya ringkas.

Ujar beliau, siastan SPRM berdasarkan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Berdasarkan definisi SPRM, Seksyen 18 adalah mengemukakan atau mengesahkan dokumen yang mengandungi butiran palsu.

Terdahulu, Vivy dan Fadzaruddin tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 2.30 petang.

Isnin minggu lalu, Kementerian Kewangan (MoF) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Khazanah telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan tersebut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Empat premis termasuk MoF, Khazanah dan PNB diserbu SPRM secara serentak pada Isnin.

Satu lagi lokasi yang diserbu SPRM adalah di ibu pejabat FashionValet yang terletak di Bangsar.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *