BERITA UTAMA
Cuba lolos pemeriksaan imigresen, warga asing maut terjatuh jejantas

Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut terjatuh jejantas

PETALING JAYA – Seorang warga Sri Lanka maut terjatuh jejantas ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai imigresen semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata dalam kejadian 4.48 petang, lelaki berusia 30-an itu tergelincir dari jejantas menghubungkan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, sebelum terjatuh atas Perodua Myvi yang melalui kawasan terbabit.

“Dia disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan siasatan mendapati mangsa cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen BSI,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke HSA untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *