Hujan lebat, ribut petir badai 6 negeri petang ini

Hujan lebat, ribut petir badai 6 negeri petang ini

KUALA LUMPUR – Hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang diramal membadai enam negeri, termasuk seluruh Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga jam 5 petang ini.

Selain Rompin di Pahang, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, beberapa daerah di Kedah dan Johor turut berpotensi terjejas akibat cuaca itu.

Di Kedah, katanya, cuaca itu diramal membadai kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling, manakala Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *