Sebab kematian Liam Payne didedah dalam autopsi awal

Sebab kematian Liam Payne didedah dalam autopsi awal

PENYANYI Liam Payne meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan trauma yang disebabkan dirinya terjatuh dari balkoni tingkat tiga sebuah bilik hotel di Buenos Aires, Argentina, ujar polis tempatan pada Khamis.

Hasil bedah siasat awal menunjukkan bahawa bekas anggota kumpulan One Direction itu menanggung pendarahan dalaman dan luaran serta pelbagai kecederaan trauma, menurut satu laporan portal The Independent.

Pihak berkuasa berkata, Payne yang terjatuh dari balkoni di tingkat tiga Hotel CasaSur Palermo menyebabkan kecederaan yang mematikan.

Sementara itu, laporan toksikologi masih belum dikeluarkan.

Penyanyi itu diumumkan meninggal dunia pada Rabu lalu (16 Oktober) selepas pasukan kecemasan bertindak balas kepada panggilan pengurus hotel berkenaan “seorang lelaki bersikap agresif yang mungkin di bawah pengaruh dadah atau alkohol”.

Panggilan 911 itu dibuat pada 5.01 petang waktu temoatan, sebelum kemstian Payne kira-kira 10 minit kemudian.

Liam Payne merekodkan kemasyhuran global sebagai sebahagian daripada kumpulan pop One Direction yang telah dibubarkan, bersama Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson.

Kumpulan lelaki itu bermula selepas menduduki tempat ketiga dalam rancangan pertandingan muzik X Factor versi British pada 2010, namun berpecah pada 2016 kerana ahlinya meneruskan projek berbeza termasuk kerjaya solo.

Sementara itu, anggota band One Direction berkongsi perasaan “amat terkejut dan sedih” dengan berita kematian rakan mereka itu.

Kenyataan bersama berkenaan dikeluarkan pada Khamis, dan ditandatangani oleh Harry, Louis, Zayn dan Niall.

Anggota One Direction ‘amat terkejut dan sedih’ dengan kematian Liam Payne

Anggota band One Direction berkongsi perasaan “amat terkejut dan sedih” dengan berita kematian rakan mereka, Liam Payne.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Khamis itu ditandatangani oleh Harry Styles, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Niall Horan.

Payne yang mencapai kemasyhuran global bersama kumpulan boy band One Direction, meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas terjatuh dari balkoni bilik hotel di tingkat tiga di Buenos Aires.

Pemergian penyanyi itu mencetus kegemparan dan mengejutkan peminat-peminatnya dari seluruh dunia.

“Pada masa yang sesuai dan apabila semua orang bersedia, akan ada lebih banyak yang ingin dikatakan.

“Tetapi buat masa ini, kami akan mengambil masa untuk berkabung dan menerima kehilangan saudara kami, yang sangat kami sayangi,” kata rakan-rakan mendiang Payne dalam kenyataan itu.

Mereka juga sepakat memberitahu, kenangan yang mereka kongsi bersama Payne akan dihargai selamanya.

“Buat masa ini, fikiran kami bersama keluarganya, rakan-rakannya dan peminat yang mencintainya bersama kami. Kami pasti akan merindui kamu. Kami sayang kamu, Liam,” kata kenyataan itu lagi. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *