Palmer jadi pilihan penyokong England

Palmer jadi pilihan penyokong England

LONDON – Cole Palmer dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan England bagi 2023-24, umum Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris semalam.

Pemain tengah Chelsea, Palmer, 22, diundi sebagai pemain pilihan penyokong Three Lions di depan pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham di tangga kedua dan penyerang Arsenal, Bukayo Saka – pemenang dua edisi terakhir – di tangga ketiga.

Palmer membuat penampilan sulung England ketika menang 2-0 ke atas Malta pada November 2023 dan meraih sembilan cap senior selepas itu, termasuk lima penampilan pada Euro 2024, menjaringkan dua gol.

Satu daripada golnya hadir pada final Euro 2024 ketika kalah di tangan Sepanyol di Berlin Julai lalu, selepas dia mengumpan kepada Ollie Watkins bagi gol kemenangan lewat aksi menentang Belanda pada separuh akhir.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Palmer, yang mengumpul enam gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini, muncul pemain pertama Chelsea memenangi anugerah itu sejak penolong jurulatih semasa England Ashley Cole pada tahun 2010. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *