Sepanyol ketepi Williams kerana cedera

Sepanyol ketepi Williams kerana cedera

MADRID – Sepanyol akan bertemu Denmark dan Serbia dalam kempen Liga Negara-Negara tanpa penyerang Nico Williams selepas bintang Euro 2024 itu mengalami kecederaan ketika beraksi dengan Athletic Bilbao.

Williams melapor diri bagi kem latihan pasukan kebangsaan di Las Rozas, dekat Madrid, namun dia dibenarkan pulang “berikutan rundingan antara perkhidmatan perubatan kelabnya dan pasukan kebangsaan,” kata persekutuan bola sepak Sepanyol dalam satu kenyataan.

Pemain Real Sociedad, Sergio Gomez, sebahagian daripada skuad yang memenangi pingat emas Olimpik, dipanggil untuk menggantikan Williams bagi dua perlawanan di Murcia dan Cordoba.

Pemain sayap Williams dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas meledak gol pembukaan apabila Sepanyol menewaskan England 2-1 di Berlin pada Julai lalu dan bersama pemain Barcelona, Lamine Yamal, dia dianggap masa depan pasukan kebangsaan La Roja. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *